Selasa, 07 September 2010

lontong sayur



Ni makan semalam ...dah pong abis ya...harap maklum... :) lepas jer kita orang sapedek, ngan pantas bersiap2 nak gi MIL house sebab MIL ku wat lopes original yg balut2 segala tu..weekdays pon rajin pi collect..ialah orang dah buatkan kita..mustilah berterimakasih yg tak terhingga & pi datang collect kan..takkan nak suruh MIL anto lak..melampaukan tu...

nanti aku citer kisah lopez and orang pekkak buah pelaga....BUKAN MY MIL (ni musti highlight tebal2..sbb takut tak dapat lopez lagi atau kuih yg seangkatan dgnnya) tawww yg pekkak...ada orang lain tuuuuuuu.....lain yg orang cakap lain yg dia dengar...tapi bila orang cakap pasal dia pelan2...aiiiiii dia dengar lak tu.......



SAYUR LODEH
Sumber: Mami Asmah Laili

Bahan-Bahan
1 tin susu cair tanpa lemak DAN 1 cawan santan dari ½ biji kelapa parut putih
1 biji sengkuang, dihiris seperti batang mancis
1 batang lobak merah, dihiris seperti batang mancis (aku pakai parut jer..)
½ kobis, dihiris
10 batang jagung muda, dihiris bulat-bulat (tak letak)
6 batang kacang panjang, di potong-potong ½ jari panjang
250 gram udang hidup yang sederhana besarnya, dikupas kulit
2 keping tauhu, di potong 4 dan goreng
3 keping tempe ( di hiris) (tak letak coz tak der..)
1 batang serai, dititik
Sedikit minyak kanola untuk menumis (ni really aku gunakan minyak canola...ahaksss)
Garam dan Gula secukup rasa

DIKISAR HALUS
½ cawan ikan bilis kering
½ cawan udang kering
10 batang lada kering
3 ulas bawang putih
2 bawang besar
2 batang serai
1 jari lengkuas
½ jari kunyit hidup

DIRAMPAI
1 helai daun kunyit yang muda
3 batang serai, bahgian putihnya sahaja
10 biji bawang merah

Cara Cara
Cuci bersih semua sayur yang telah di potong dan toskan. Asingkan sengkuang, yang lain campurkan jadi satu. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis serai, serta bahan kisar, tumis sehingga garing dan naik aromanya. Masukkan susu dan santan dan masukkan semua bahan rampai. Tuang 2 tin air. Biarkan ia mendidih sehingga semua perencahnya lembut dan sebati. Masukkan pula sengkuang, masak sehingga ia lembut sedikit, kemudian baru di masukkan pula udang, serta semua sayur mayur, garam dan gula secukup rasa. Jika kuahnya terlalu pekat, tambah air. Masukkan juga tempe dan tauhu. Bila sayurnya lembut matikan api. Rasa, jika ada yang kurang, tambah.

CATATAN
Anda boleh pileh sayur mayur kesukaan anda, seperti kacang boncis, terong, bunga kobis dll. Ikan bilis dan udang kering boleh juga dilebihkan jika suka.

CARA MENGHIDANG
Ambil dua atau tiga keping lontong, letakkan dalam pinggan mungkum, tuangkan kuah dan sayur lodeh, hias dengan sesudu sambal tumis, sedikit serunding, sepotong telur, serta sedikit sambal goreng.



Resepi try mami asmah laili nyer resepi...sedap uuuu....

P/S - Ni ari gi hospital, followup to the procedure that I did some weeks back...hopefullly semua okay ler...nanti aku sambung ya...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar